السلام عليكم
Tiba-tiba tercetus idea nak buat blog muzik khususnya berkenaan kord lagu setelah melayari beberapa buah blog muzik, dalam usaha mencari kord untuk lagu IDOLA (Azlan & The Typewriter). Namun kebanyakkan blog hanya memaparkan kord lagu yang terlalu biasa. Hampa.
Lantas daripada kehampaan itulah maka saya berusaha untuk menyediakan sebuah STOR mencari kord lagu yang memaparkan kord yang lebih CANTIK yang hanya bersandarkan kepada pendengaran saya semata-mata. Mungkin TAK SEMPURNA, tapi yang penting BERGUNA.
Selain itu, saya mahu pastikan setiap karya yang dipaparkan di sini, bukan sekadar untuk dinikmati bahkan ianya juga untuk DIHARGAI dengan cara menyiarkan lirik, kord beserta dengan nama PENULIS LAGU dan PENULIS LIRIKnya, sebagai tanda ucapan terima kasih tak terhingga kerana telah menghasilkan sebuah KARYA AGUNG.
Kepada anda yang biasa bermain muzik, KORD yang dipaparkan di sini hanyalah bersandarkan kepada pendengaran saya semata-mata. Ianya hanya untuk panduan sahaja. Jika ianya tak sesuai dengan telinga anda, saya mohon untuk anda MODIFIED sendiri. Saya juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan perkongsian sekiranya anda ada memiliki koleksi kord lagu-lagu dari seluruh dunia.
Kepada anda yang baru nak belajar bermain muzik, JANGAN PUTUS ASA jika anda tak tahu nak main kord pelik-pelik. TERUSKAN USAHA dan LATIHAN BERTERUSAN sehingga anda menjadi mahir.
Kepada semua pemuzik dan peminat muzik, saya ucapkan SELAMAT DATANG. Mungkin di sini, anda akan ketemu apa yang anda cari.

No comments:
Post a Comment